Bila saya bored, saya makan Snickers.
Bila saya busy, saya makan Snickers.
Bila saya lapar, saya makan Snickers.
Bila saya kenyang, saya makan Snickers.
Bila saya baru bangun, saya makan Snickers.
Bila saya mau tidur, saya makan Snickers.
Bila saya gembira, saya makan Snickers.
Bila saya tension, saya makan Snickers.
Bila saya cemas, saya makan Snickers.
Bila saya tenang, saya makan Snickers.
Bila baru mau mula buat assignment, saya makan Snickers.
Bila mau rehat sekejap, saya makan Snickers.
Bila sudah siap buat, saya makan Snickers.
Dimana-mana, bila-bila dan apa-apa kejadian, SAYA MAKAN SNICKERS!
Fakta Ringkas
^^Susah mau cari benda ni, ada di Tong Hing (dan supermarket terpilih) tapi sangat mahal. Terpaksa order dari cos-mate yang orang Labuan. (-.-")
^^Snek kegemaran semenjak berumur 5 tahun, uncle No 1 selalu kasi beli untuk kami adik-beradik. Suka nampak karamelnya yang macam elastik.
^^Breakfast saya (plus Anlene) setiap pagi semasa Tahun 2, Sem 1 dan PNGS saya pada sem itulah yang paling tinggi dibandingkan sem-sem lain. (Teda kaitan..saja-saja mo include)
^^Ingatkan kena ban time krisis melamine+China, nasib baik ada di pasaran juga sekarang. Demand and Supply! (or is it Supply and Demand?)
^^Dapat dijumpai dalam beg saya kemana-mana saya pergi..kuliah, church, mindahu, membeli-belah, etc.
^^Disimpan di tempat paling tersembunyi untuk mengelakkan adik saya curi-curi makan. Sekejap ja abis ni nanti.
^^Saya tidak kisah kandungan gula nya. Yang penting bahagia semasa mengunyah lapisan coklat, karamel dan kekacangnya.
^^Makanan PALING DISUKAI..sama ranking dengan Mi Sup KB.
God Bless the Snickers manufacturers..lol